PARA BLOGGER SEKALIAN. UNDIAN ANDA AMAT DIPERLUKAN BAGI MEMANTAPKAN LAGI GROUP BLOGGER MALAYA !!! HIDUP BLOGGER MALAYA DEMI TANAH AIR TERCINTA ~ KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI ~

Thursday, February 24, 2011

PEMENANG LOGO BLOGGER MALAYA

PEMENANG LOGO BLOGGER MALAYA
LOGO NOMBOR 1

Logo ini memang menepati ciri-ciri yang Blogger Malaya perlukan. Ianya tiada unsur-unsur peniruan, ciplak dan sebagainya. Logo yang kreatif, unik, simple dan tidak terlalu banyak warna, tone warna dan design yang seronok dipandang.

Design by: Reel Barney
Blog: Aku Bukan Superman


KENAPA LOGO 2, 3 dan 4 TIDAK TERPILIH.

Setelah mengkaji Logo-Logo 2,3 dan 4 kami merasakan bahawa logo-logo ini tidak sesuai digunakan kerana ada unsur-unsur peniruan dan sama dengan Logo lain yang sudah lama sedia ada contohnya Harimau Malaya.

Kami meminta maaf kerana tidak menitikberatkan "Hak Cipta" sebelum ini. Setelah berbincang dengan lebih lanjut, kami merasakan logo-logo ini tidak sesuai kerana takut suatu hari nanti Blogger Malaya akan disaman kerana mencuri Hak Cipta logo lain.

Sudah jelas kami nyatakan sebelum ini bahawa logo Blogger Malaya tidak semestinya ada gambar kepala harimau. Anda bebas menggunakan gambar harimau atau gambar apa-apa sahaja asalkan ianya unik dan hasil ciptaan sendiri. Jika ada, pastikan gambar harimau itu bukannya di-ciplak daripada sumber lain, di-edit dan digunakan semula.

Logo Harimau Malaya
http://www.lelong.com.my/rare-harimau-malaya-logo-mouse-pad-mats-75960387-2012-01-Sale-P.htm

Kelab Harimau Malaya
http://www.harimaumalaya.com/forum/

Logo asal Blogger Malaya adalah daripada Logo Harimau Malaya ini (ada mengatakan daripada logo luar negara tetapi ianya telah di-edit sehingga cukup berbeza dengan yang asal). Kami inginkan satu logo  BARU yang unik, kreatif dan sesuai digunakan bagi semua acara dan tempat. Oleh itu Logo 2, 3 dan 4 tidak sesuai kerana takut suatu hari nanti akan disaman, dikecam, dikutuk oleh orang yang mereka design itu.. Harap Maaf ye.


KENAPA LOGO 5 TIDAK TERPILIH.

Berkenaan Logo 5, kami meminta maaf kepada AdyAdyva kerana Logo 5 juga didapati bukan hasil ciptaan sendiri.

Sebenarnya Logo 5 bukanlah hasil rekaan AdyAdyva. Ianya direka oleh Phython Mat untuk PicBadges (atau orang lain). Pada mulanya kami ingat Logo 5 itu baru sahaja direka oleh AdyAdyva, rupanya dia hanya menggunakan logo itu dan re-edit je.. Maka logo 5 tidak sesuai digunakan kerana takut suatu hari nanti akan berlaku tuduhan meniru hasil karya orang lain pula.


KENAPA LOGO 6 YANG MENDAPAT UNDIAN TERTINGGI TAK MENANG?

Berkenaan Logo yang mendapat voting tertinggi, nampaknya LOGO 6 oleh Naim itu terpaksa direject kerana serupa dengan logo orang lain. Buktinya adalah ini.. 

Logo 8 Jurus

Kami mendapati logo hasil ciptaan Tuan Muda Naim ini bukanlah logo yang direka olehnya sendiri. Maka logo nombor 6 ini terpaksa kami batalkan penyertaannya.


KOMEN-KOMEN BERNAS.

Komen oleh Harudi di Blog Blogger Malaya - Undian


Salam...
salam singgah...
suka tengok logo2 yang dipamerkan...
di sini saya ingin memberi sedikit pendapat sebagai manusia yang pernah mereka logo untuk beberapa buah syarikat... dalam membuat sesebuah logo, kita bukan suka2 letak warna dan letak perkataan yang kita suka meraban kita. Setiap warna yang terpamer perlulah berkaitan dengan motto dan nama blog. Setiap warna yang ada perlu sekata dengan tema dan motto. Dari penilaian saya,logo 1, 3, 4 dan 5 adalah logo yang boleh digunakan. Mencipta logo bukan hanya untuk medium internet sahaja. Kita perlu fikir di masa akan datang bila laman ini semakin gah dan ada fan club sendiri. Pasti logo ini ingin diabadikan di permukaan mug dan lain2 sebagai cenderahati atau di permukaan t shirt untuk ahlinya. Logo2 yang saya sebutkan tadi pada saya lebih mudah untuk dicetak dan nampak menarik di permukaan t shirt. Mungkin ada yang kata saya ni pandai komen tapi kenapa tak cipta logo untuk blog ni. Saya hanya ingin memberi peluang pada yang belum pernah mencipta logo. Yang penting originiliti itu perlu ada. Sekilas pandang, banyak yang persis logo proton waja. Tapi tidak mengapalah. Sebagai pengundi keputusan di tangan anda...caiyok!!!


Komen dari Raja Radley Raja Ismail di wall Blogger Malaya


Bagi saya pemilihan logo itu penting dan sekiranya logo yang dikatakan tidak layak dipertandingkan aku dialihkan dari masuk ke carta pengundian. Ini amat menyulitkan dan mendatangkan keburukan di masa akan datang. Ini menunjukkan pihak pengurusan tidak menjalankan kerja dengan baik. Maaf kalau komen ini agak keterlaluan namun ia untuk kesedaran kita bersama. Penapisan logo perlu dibuat dan perlu ada pertikaian sewaktu membuat pemilihan tersebut. Sejujurnya saya katakan, terdapat logo yang tidak sesuai dipertandingkan kerana ada persis logo yang sedia ada. Saya terlihat sebuah logo seperti sebuah logo yang digunakan oleh pihak bank. dan ada juga seperti logo syarikat permotoran. Namun adakah pemilihan yang dibuat itu adalah dari sebulat suara? Jika begitu ia satu kesilapan. Jadi maafkan saya.
terima kasih.

AKHIR KATA

Terima kasih di atas komen anda. Pihak admin Blogger Malaya telah pun berbincang dan memilih Logo 1 yang tidak persis logo-logo lain. Terima kasih juga di-ucapkan kepada semua para peserta yang telah mengambil bahagian di dalam mereka dan meng-design logo baru Blogger Malaya.

Kami harap tiada ahli yang tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat. Keputusan kami adalah muktamad. Sebab dan kenapa logo anda tidak terpilih telah pun dinyatakan di atas dengan jelas. Terima kasih.